Sahabat semua mari kite renungkan adab2 bersahabat. Supaya kite dapat mngelakkan permusuhan...
renung2kan da selamat beramal
1-Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2-Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.
3-Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4-Menutup keaiban sahabatnya.
5-Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.
6-Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.
7-Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.
8-Meninggalkan perbalahan dengan sahabatnya aka tak gaduh-gaduh dengan beliau.
9-Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya.
10-Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
11-Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
12-Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.
13-Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.
14-Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah dia mencelanya.
15-Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian,ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia.
16-Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.
17-Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya bersenang hati.
18-Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
19-Menyamakan hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yng nampak di luar,maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20-Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya.
21-Meluaskan tempat duduknya untuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain jika dia tak dapat berbuat demikian.
22-Hendaklah dia bangun menghantarkan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya.
23-Hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap-cakap sehinggga dia selesai dari percakapannya dan janganlah dia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.
Ringkasnya, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya dengan cara yang dia sukai jika orang lain bermuamalah dengannya. Maka,jika sesiapa yang tidak mencintai sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan itu masih tidak ikhlas dan mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Inilah adab-adab yang mesti anda jaga pada hak saudara andayng anda gelarkan sebagai sahabat.